Monday, December 22, 2014

Acheh oh acheh Bhg 2

Pada hari Selasa 9hb Januari kami telah berkesempatan untuk melawat tempat2 yang dilanda Tsunami di sekitar Banda Acheh.

Pada pagi itu kami dibawa olih saorang pemandu baru dari syarikat pengankutan bernama Willy.Dia saorang muda yang sangat penyabar orangnya walau pun pendiam tetapi sangat prihatin dan sentisa mendengar segala gelagat dan komen2 yang kami buat sepanjang kami bersamanya 2 hari itu.
Pagi itu kami dibawanya melawat pantai yang sungguh indah yang terletak agak jauh dari Banda Acheh. Aku terlupa untuk mencatit nama pantai itu tapi yang pasti pemandangan nya sungguh cantik saperti dalam poskad.Apa lagi kami pun posing2 lah dan memang teramat cantik sekali gambar yang terhasil.






Lepas itu kami dibawa pula ke sabuah masjid Baiturrahim sabuah masjid yang telah terselamat dari di baham Ombak besar itu. Didalam masjid yang sedang di baiki itu terdapat banyak gambar2 tentang kejadian Tsunami itu.



Kami kemudian telah pergi ke satu kawasan dimana terletaknya Kapal besar yang di bawa ombak Tsunami dari tengah laut terdampar di kawasan itu. Kapal ini sungguh besar dan tinggi yang membuat kan aku dan teman yang senasib dengan ku yang sama2 sakit lutut tidak mampu naik keatas kapal untuk melihat kawasan dalam kapal itu. Di kawasan ini juga terletak satu bilik yang menempatkan gambar2 kejadian itu yang menyayat hati .Kami difahamkan kapal ini akan di pertingkatkan untuk menjadi sebahgian dari pameran bencana Tsunami yang pasti akan dikunjungi olih pelawat2.



Lokasi seterusnya yang kami lawati ialah sabuah rumah di mana sabuah kapal tersadai di tingkat atas rumah itu. Di sini kami bernasib baik kerana terdapat saorang penduduk yang bercerita kepada kami tentang kejadian yang dialaminya. Sabuah cerita yang sangat menyayat hati sahingga kami mengalirkan air mata mendengarnya.


Pada hari yang berkenaan berlaku suatu gempa bumi dan air laut surut dan terdapat banyak ikan terdampar di pantai. Orang2 kampung leka mengutip ikan2 itu sahingga terdengar jeritan yang menyatakan ada ombak besar sedang mendatang .Mengikutnya semua orang kampung mula melarikan diri termasuklah beliau sendiri. Ketika itu katanya dia tidak ingatkan keluarganya tapi hanya berlari untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Apa yang mengejutkan katanya ialah apabila dia berlari itu dia melihat beribu2 orang bertempiaran ada yang di langgar kereta dan ada yang berlanggar sesama sendiri. Keadaan sungguh kelam kabut dan darah di merata2 tempat. Pemandangan itu katanya mengingatkan dia saperti HARI KIAMAT yang jelas dinyatakan dalam ALQURAN. Semasa itulah kami yang mendengar merasa sungguh terkesan sekali dan airmata pun mengalir.


Kami sempat bertemu dengan isteri dan anak beliau dan semasa aku bertanya pengalamannya dia menyatakan dia bergayut pada pokok kelapa dengan memegang 2 orang anaknya.Ombak besar itu sungguh ngeri katanya dan katanya berkat doanya mereka terselamat.


Semasa di sini aku telah ditemubual olih saorang pemberita dari France yang ingin tahu tentang pandangan ku terhadap apa yang kami dengar dari mangsa tersebut dan samaada aku saorang TOURIST. Aku menegaskan bahawa aku bukanlah saorang pelancung tetapi saorang yang datan ke Acheh untuk belajar dari pengalaman mangsa2 ini dan bahawa satelah mendengar kisah2 mereka tegas ku jelaslah bahawa ada HIKMAH disebalik kejadian yang Tsunami ini dan bahawa ALLAH itu maha berkuasa. Hikmahnya satelah kejadian ngeri Tsunami ini masyarakat di Acheh bangkit semula dengan hebatnya dan bersatu untuk memajukan diri dan negeri mereka.

Dua lagi tempat yang berkaitan dengan Tsunami yang kami lawati ialah Muzium Tsunami Acheh yang besar dan mengandungi banyak maklumat dan berita2 yang berkaitan dengan bantuan2 kemanusiaan yang di hulur olih negara2 dunia.Muzium ini juga mengandundi satu bilik menempatkan nama2 mangsa yang mati dan terdapat booth2 yang hi tech yang ketika itu tidak beroperasi yang dapat memberi peluang pengunjung bersimulasi dari pelbagai aspect teknikal tentang Tsunami. Muzium ini sangat bagus di lawati terutama bagi mereka yang hendak mengetahui tentang berbagai aspek teknikal tentang tsumani.






Satu lagi tempat yang meninggalkan kesan yang mendalam pada kami ialah lawatan kami ke sabuah desa kecil di tepi gunung dimana terdapat sabuah KUBAH masjid yang beratnya 80 tan yang dihanyutkan olih Tsunami sejauh 2.5 kilometer dari lokasi masjid tersebut. Kubah ini berkeadaan baik dan tidak retak . Jelaslah kepada kita betapa besar nya kuasa ALLAH swt sahingga kubah ini dihanyutkan tanpa sedikit pun tidak rosak. SUBHANALLAH dan ALLAH HUAKBAR.




Di akhir lawatan kami Willy telah membawa kami melawat sabuah kubu yang terletak di tepi pantai jauh dari BANDA ACHEH. Kami teruja bila melihat tempat ini dan mengambil kesempatan untuk bergambarlah saperti biasa kami lakukan.



Semasa dalam perjalanan kesini kami diberitahu olih Willy terdapat sabuah kampung yang telah dipindahkan dan dibina semula dan di biayaai olih seniman terkenak dari Hong Kong JAKIE CHAN. Yang pasti tidak pun ada apa2 tanda besar yang mecatitkan nama seniman itu .Tempat ini terletak di lereng sabuah bukit.

Satakat ini dulu penceritaan ku hingga kita jumpa lagi di Bahagian 3 dan mungkin 4 sabarlah ya.........



No comments:

Post a Comment